Tuesday, June 29, 2010

Frozen

Assalamualaikum.
Kali ni saya nak cerita pasal filem yang baru saya tonton di TGV KLCC tadi, Frozen. Filem ni tentang tiga anak muda snowboarder yang nakal terperangkap dalam sebuah ski lift. Bagaimana mereka boleh terperangkap, bacalah di laman web filem lain.

Untuk orang yang jarang-jarang tengok filem thriller, saya memang suka Frozen. Tiada unsur seram (hantu dsb.) dalam Frozen, cuma alam semulajadi yang membuatkan budak-budak ni ketakutan. Pendek kata, saya suka menonton filem Frozen. Tapi mungkin bagi mereka yang memang selalu tengok filem thriller, filem ni macam tiada apa-apa sangat.

Monday, June 7, 2010

Masjid yang pasang speaker kuat-kuat

Assalamualaikum.
Sekarang ni saya baru balik dari dengar ceramah di sebuah surau yang berdekatan. Seperti yang tertera di tajuk post ni, surau ni memang pasang speaker (yang tok bilal guna untuk azan) dengan kuat. Masa saya nak pergi dengar ceramah tu, jam menunjukkan pukul 8.15 malam, jadi saya agak terlambat sedikit; ceramah sudah pun bermula lebih kurang 15-20 minit yang lalu. Belum sampai surau lagi dah dengar suara penceramah. Kuat betul. Semangat lagi penceramah tu.

Saya terfikir sejenak, orang yang tak datang surau ni tak bosan ke dengar speaker ni pasang kuat-kuat? Saya fikir mesti macam mengganggu ketenteraman malam, ramai orang baru balik dari kerja, nak berehat di rumah, nak tengok TV, nak bermesra dengan isteri, nak bermain-main dengan anak, tiba-tiba suara penceramah yang semangat seolah-olah menghancurkan ketenteraman malam. Lebih-lebih lagi yang bukan Muslim. Orang surau ni tak fikir ke dengan pasang speaker kuat-kuat akan mengganggu orang yang penat nak berehat? Bukan itu saja,mungkin ada lagi orang sakit yang perlu berehat, mungkin ada bayi yang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan suara dari surau. Mesti orang sakit tu berang. Bayi yang tak dapat tidur bukan senang nak ditidurkan semula, kalau dia menangis lagi susah.

Ya, mungkin orang surau tu berniat baik. Orang yang tak datang surau boleh dengar sahaja di rumah. Tapi adakah semua orang yang tak pergi surau tu nak dengar ceramah? Tambahan pula, tadi penceramah tu macam ada mengutuk agama Hindu dan Buddha. Penganut-penganut agama tersebut yang terdengar cemuhan tu, mesti mereka berang.

Sebelum ni saya pernah terbaca sebuah artikel dalam majalah Al-Islam berkenaan isu ini. Mereka buat kaji selidik tentang pendapat orang bukan Islam terhadap sesetengah surau yang selalu pasang speaker kuat-kuat. Majoriti orang bukan Islam yang telah disoal selidik menyatakan mereka tak kisah tentang azan, tapi mereka kurang puas hati bila surau pasang speaker untuk ceramah. Kalau azan cuma 5 minit, tapi bila ceramah boleh mencecah 1 jam setengah. Dahlah ceramah ni biasanya diadakan pada waktu malam, orang nak berehat pun susah.

Kalau macam ni, susahlah nak dakwah.

Wayang Digital 2D

Assalamualaikum.
Tadi saya pergi tengok filem Prince of Persia di Tanjung Golden Village Cinemas KLCC. Di sana, filem ni ditayangkan dalam dua format; format biasa dan format Digital 2D. Disebabkan saya tak pernah tengok filem dalam wayang Digital 2D, saya mengambil keputusan untuk menonton filem adaptasi permainan video ini dalam Digital 2D. Harga tiketnya tak banyak beza pun. Kalau yang biasa harganya RM11, manakala Digital 2D pula RM13.

Rupa-rupanya Digital 2D tak banyak beza pun dengan yang biasa. Adalah perbezaan sikit. Yang paling ketara ialah tiada lagi tompok-tompok hitam yang kadang kala muncul semasa kita asyik menonton. Tapi saya tak kisah sangat pun pasal tompok-tompok hitam tu, sebab biasanya saya layan sangat tengok filem sampai tak sedar akan kehadiran tompok-tompok tersebut. Kedua, mungkin kualiti gambar dalam Digital 2D jauh lebih baik daripada yang biasa. Yang ni saya tak boleh nak pastikan sebab saya tak tengok Prince of Persia dalam format biasa, jadi saya tak boleh nak bandingkan.

Senang cerita, Digital 2D ni macam televisyen besar.

Monday, May 31, 2010

Keluang Man 2

Assalamualakum.
Kenal tak muka kartun ni? Tak kenal yang di sebelah kiri? Tak mengapa. Tengok kartun yang sebelah kanan pula. Masih tak kenal? Kalau tak tahu, inilah inspektor dalam siri kartun Keluang Man. Ini karakter yang sangat dikenali dalam industri kartun Malaysia. Tanyalah sesiapa yang kenal Keluang Man, mereka mesti ingat seorang inspektor India yang berkata-kata dalam selanga India yang pekat. Nama? Saya pun tak ingat.

Sebelum menerbitkan post ni, saya tadi ada buka akaun Facebook saya. Disebabkan kebosanan, saya pun mula taip 'Keluang Man' di ruangan search. Keluar pula Keluang Man 2. Tengok-tengok sudah ada perancangan untuk menerbitkan Keluang Man dalam animasi 3D setelah hero hospital sakit jiwa ni lama meninggalkan kaca televisyen. Pada mulanya saya rasa gembira, sebab akhirnya saya boleh tengok sekali lagi kartun Keluang Man. Tapi bila saya dah tengok model-model 3D untuk siri yang akan datang ni, rasa kecewa pula timbul. Agak buruk.

Memang betul industri 3D Malaysia masih mentah dan tak mampu untuk hasilkan animasi seperti Pixar, tapi dalam kes ni, saya rasa dah teruk sangat. Dah macam Kacang. Saya tak nak Keluang Man jadi Kacang!! Sepatutnya kualiti animasinya setanding atau lebih baik daripada Upin & Ipin! Tak bolehkah kalau Keluang Man dihidupkan semula dalam animasi 2D yang lebih baik daripda sebelumnya?

Mungkin saya ni yang skeptikal sangat. Masih awal untuk mengatakan apa-apa. Mana tahu, mungkin Keluang Man 2 berkali-kali ganda lebih baik daripada Geng? Mungkin gambar-gambar model 3D dalam Facebook tu cuma lakaran awal, mungkin masih lagi jauh sebelum penghabisan produksi. Tak mengapa. Kita tunggu dan lihat

Friday, May 28, 2010

Sewa DVD

Assalamualaikum.
Hari ni saya sewa DVD dari kedai Video Ezy. Boleh tahan juga, RM3 untuk satu DVD. Tadi dah sewa DVD filem Up. Jadi sebelum saya masuk Kolej MARA Seremban nanti, saya ingat nak sewa DVD banyak-banyak, tengok puas-puas. Banyak juga cerita best-best yang saya tak dapat tengok sebelum ni.

Kenapa saya tak muat turun saja dari mana-mana torrent? Satu, saya malas. Dua, muat turun macam ni salah di sisi undang-undang. haha

Tuesday, May 25, 2010

Carl's Jr.


Assalamualaikum semua.
Tadi di Pavilion, saya pergi ke restoran Carl's Jr untuk makan tengahari. Sahabat saya yang galakkan saya makan di sini. Saya kira ok jugak, apa salahnya mencuba makanan di restoran yang saya tak pernah masuk.

Jadi bila saya nak memesan makanan, saya pesan makanan yang paling murah: Burger Famous Star. Harganya lebih kurang RM13. Untuk restoran-restoran barat seperti yang Carl's Jr, RM13 ialah harga yang biasa. Saya tak suka sangat burgernya; saya lebih suka burger Ramly.

Tapi ada satu perkara yang menarik tentang Carl's Jr: FREE REFILLS!!! wooohhooo!! Pelanggan boleh minum sebanyak mana yang mereka nak. Tadi saya minum secawan Sprite, kemudian refill dengan teh limau ais, kemudia refill lagi dengan air campuran coke + sarsi.

Shrek Selamanya

Assalamualaikum semua.
Hari ni saya telah menonton filem Shrek Forever After dalam format 3D di Pavilion Kuala Lumpur. Kenapa saya tengok dalam 3D? Sebab sebelum ni saya terlepas tengok How To Train Your Dragon dalam 3D, jadi saya rasa rugilah. Lebih-lebih lagi bila banyak pengulas filem kata efek 3D dalam HTTYD memang mantap, seperti dalam Avatar. Jadi sebelum terlepas, baik saya tonton dulu filem Shrek ni dalam 3D, mana tahu kalau-kalau ada efek mantap.

Jadi selepas tonton filem Si Hijau ini, bolehlah dikatakan filem ni tak bosan, tapi pada masa yang sama tak menarik juga. Mungkin sebab saya tak pernah tengok filem-filem Shrek yang sebelum ini, jadi saya tak boleh mendalami sangat cerita ni. Tapi tak bermakna saya tak faham jalan ceritanya. Plot sangat mudah dan tak kompleks sangat. Saya juga berpendapat, er, Shrek, ialah seekor makhluk yg agak hodoh (para peminat Shrek, minta maaf), jadi saya tak boleh nak enjoy sangat filem ni. Tapi kalau anda ialah seorang peminat Shrek, tengok lah filem ni, sebab ni ialah filem terakhir dalam francais Shrek.

Berkenaan dengan efek 3D dalam filem ni, saya rase macam tak ada apa-apa sangat. Jadi kalau anda sekadar nak tengok Shrek kerana "Saya cuma nak pergi wayang" atau "Filem-filem sekarang macam takde yang menarik, jadi Shrek pun bolehlah", usah melabur lebih banyak duit untuk tiket 3D kerana pada saya efek 3D dalam filem ni tak lebih daripada membuatkan watak-watak 'keluar' daripada skrin, dan saya rasa lebih baik tonton dalam panggung wayang biasa. Tapi kalau anda ialah seorang yang gila-gilakan Shrek, jangan malu dan segan, terus angkut tiket 3D gold class. Haha. Yelah kan, selepas ni dah takde Shrek dah.

Sunday, May 23, 2010

Henset baru


Alhamdulillah, sekarang dah ada telefon bimbit baru. Abah saya belikan semalam di Carrefour. Terima kasih. Nokia 1208, RM95..

Friday, May 21, 2010

How To Train Your Dragon


Sangat syok sampai membuatkan aku tengok 5 kali di panggung wayang. Hahaha. Kali terakhir aku tengok ialah pada hari terakhir screening filem ini di Suria KLCC.

Sunday, April 18, 2010

Wall-e



Assalamualaikum semua.
Hari ni aku nak cerita tentang sebuah filem yang aku baru tengok semalam di Disney Channel. Mungkin cerita kartun 3D sekarang yang popular ialah How to Train Your Dragon, tapi apa salahnya menonton filem lama sekali-sekala. Sebenarnya cerita ni saya dah pernah tonton, tapi seperti kebanyakan filem-filem Pixar yang lain, filem ni memang tak syok kalau tengok sekali je.

Sebenarnya saya ni kalau tonton filem-filem atau drama-drama di kaca TV,saya tak pernah menangis pun, apatah lagi tersentuh hati. Nur Kasih, Winter Sonata bla bla bla, saya rasa boring pulak tengok. Tapi lain pula bila tengok cerita Wall-E. Haha. Takde lah sampai menangis, tapi adegan terakhir tu memang agak tersentuh hati jugalah. Cerita ni pun saya kira agak sweet.
Selepas tonton cerita ni, saya rasa nak pergi tengok How to Train Your Dragon pula, sebab ramai sahabat handai kata menarik.

Selepas saya tonton filem ni, saya terfikir; kenapa orang US boleh buat filem yang mempunyai jalan cerita yang sangat menarik? Kenapa orang Malaysia sentiasa mengarah filem yang, agak bodoh (bukan semua, tapi kebanyakan)? Saya bukan maksudkan kita kena buat filem 3D yang gempak seperti mereka (filem Geng saya kira agak menarik), tapi tolonglah, para pengarah sekalian, cubalah untuk buat cerita yang menarik sikit.

Dan yang terakhir sekali, saya harap para pembaca boleh beritahu saya filem-filem Melayu yang menarik untuk ditonton. Mungkin saya ni yang skeptikal sangat. Tapi jangan kata V3 atau Evolusi KL Drift.

Friday, April 16, 2010

Argh


Assalamualaikum.
Saya harap saya ade topik untuk ditulis dalam blog saya yang dah berhabuk ni. Malangnya tiada.
Hampa.

Thursday, March 18, 2010

Hadiah SPM

Assalamualaikum semua.
Pada hari Khamis, 11 Mac 2010, aku pergi mengambil keputusan SPM 2009 aku di maktab. Alhamdulillah, semua A. Ada 6 A+, satu A dan 2 A-. Gembira mak aku mendengar khabar. Apabila sampai di rumah di Kuala Lumpur, malam tu abang aku pergi beli sate di kedai Sate Kajang Haji Samuri dlm 80+ batang, kemudian bungkus makan di rumah. Sedap betul. Dah lama tak makan sate.

Esoknya bapa aku beri aku RM100, sebagai hadiah. Syukran. Pada hari tu juga, aku pergi ke kedai buku Kinokuniya di KLCC untuk beli sebuah novel grafik yang dah lama aku nak beli: Mirror's Edge. Komiknya lebih kurang macam gambar di ataslah. Mahal juga lah novel grafik ni. RM68. Maklumlah, barang dari tanah seberang, mestilah mahal.

Saturday, March 13, 2010

Skatepark Mont Kiara


Assalamualaikum.
Siang tadi saya baru pergi skatepark di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Ni kali pertama pergi jadi masa mula-mula sampai tu rasa agak gemuruh juga lah. Maklumlah, selama ni main tepi jalan saja (tak lupa juga di sebelah kelas 408). Tiba-tiba nak ke park pula. Haha. Saya pergi ke sana dengan seorang rakan bernama Zarul.

Bila dah sampai ke Kompleks Rakan Muda, kena register kat pak gad. Pastu pergi la kat tempat yang dinyatakan. Huih bunyi dia- ketang ketung- habis mamat-mamat skate tu kerjakan. Masa aku sampai ada dalam lebih kurang 20+ orang je. Orang putih pun ramai jugak. Bukan skaters je yang ada, mamat inline (kasut roda) dan mamat bmx pun ade gak. Pastu semua yang main ialah lelaki, cuma ada seorang perempuan. Main skate la.

Aku pun turun la dengan papan yang aku bawak. Memang best. Permukaannya smooth dan lancar, laju la papan aku dibuatnya. Tak payah penat-penat aku kayuh. Pastu bila dah biasa sikit dengan laluannya, aku pun nak buat tricking sikit la. Masa ni kantoi pula. Aku mana pernah tricking dekat permukaan yang senget. Biasa main kat tanah rata.

Pastu agak malulah. Papan yang aku bawak tu sangat uzur, skaters kata "dah hilang pop". Nak ollie pun susah. Hujung papan tu pun dah nipis. Ramai Mat Saleh tegur aku, apasal papan teruk sangat. Aku buat bodoh je lah. Cakap "I just skate".

Sunday, February 21, 2010

Rakyat Malaysia yang Dah Terlalu Pandai

Assalamualaikum semua.
Tadi selepas saya menerbitkan post tentang jadual harian saya, saya membaca senaskhah suratkhabar Utusan hari ini. Topik muka depan tidak menarik sangat. Tentang perkelahian isteri-isteri sultan Kelantan, lebih kurang macam tu lah. Tapi yang menarik ialah pada mukasurat 6. Topiknya ialah "Rakyat Tidak Suka Buku".
Wuih. Menarik la topik ni. Jadi jika anda tergolong dalam golongan rakyat Malaysia yang seperti itu, berikut ialah ringkasan artikel tersebut:

-Dalam sehari, Perpustakaan Negara hanya mendapat kunjungan sebanyak 10-30 orang sahaja.

-Statistik pada tahun 1997 menunjukkan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca satu
mukasurat dalam setahun. Manakala statisitk pada tahun 2002 menunjukkan 'peningkatan'
sebanyak dua mukasurat setahun. Tergelak saya dibuatnya.

-Rakyat terlalu sibuk dengan urusan harian sampai tiada masa untuk baca buku.

-Dalam tren LRT dan perhentian bas, rakyat lebih gemar berdiri buat bodoh saja daripada
membaca. Siasatan Utusan mendapati hanya kira-kira 10% sahaja yang membaca. Rakyat lebih
gemar layan SMS.

-Yang membaca, orang Melayu baca novel cinta, manakala orang Cina dan India membaca buku
English. Tak kisahlah. Asalkan membaca.

-Di UPM dan UM, para pelajar membawa buku ke kafeteria, tetapi tak pula baca buku tu
semasa menunggu rakan.

-Di Sogo dan Bukit Bintang, ramai yang tak baca buku. Apalah pasukan siasatan Utusan ni.
Orang pergi Sogo dan BB nak enjoy, buat apa bawa buku.

Sebenarnya, post saya ni bukannya ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia, tetapi kita yang sedang menunggu keputusan SPM. Kita daripada duduk melangut layan Facebook, lebih baik kita baca buku. Saya pun nak pergi baca buku Tony Hawk: Professonal Skateboarder lepas
saya habis taip post ini. Saya nak akhiri post ini dengan serangkap lagu yang popular masa saya kecil dulu:

Everybody, take a book and read,
To gain knowledge, everyone has to read,
Let's reach out, open up your mind,
Let's make reading, to the life of the Wawasan.

Ingat tak lagu ni?

p/s: baik letak topik ni di muka depan Utusan.

-

Jadual Harian Semasa Cuti Pasca SPM

Assalamualaikum semua.
Saya ni, semasa menunggu keputusan SPM saya yang cemerlang (haha) untuk keluar, saya banyak goyang kaki di rumah. Saya tak menghambakan diri saya kepada tauke-tauke kedai untuk digajikan. Tapi bila saya duduk rumah ni, saya macam ada jadual yang saya ikut tiap-tiap hari. Berikut ialah jadual saya:

6.30 am - Bangun. Solat Subuh
8.00-10.00 am - skate
10.00am-5.00pm - aktiviti bebas
5.00-6.30pm - skate
6.30-11.00pm - aktiviti bebas
11.00pm-6.30am - separuh mati

Tu saja kali ini.

Tuesday, February 16, 2010

Adnan Sempit - Ulasan Saya

Aaahh..sedapnya cendol ni.
Assalamualaikum kepada para pembaca. Sewaktu saya menaip untuk 'post' kali ini, saya baru balik dari KLCC, menonton filem tempatan bertajuk Adnan Sempit.
Sebenarnya saya bukannya peminat filem industri tempatan. Dengan lawak-lawak bodoh dan slapstik yang tidak kelakar, saya rasa industri filem tempatan menghasilkan filem-filem yang lebih kurang sama setiap tahun. Lawak tak menjadi, jalan cerita yang agak basi dan yang paling saya tak tahan, tiap-tiap kali mesti filem cinta. Haih. Melainkan sesuatu filem itu ada nilai tambahan yang menarik (seperti Cicakman), saya tidak akan menyalurkan wang sebanyak RM8 kepada kakak di kaunter untuk menonton filem Melayu.
Kemudian datang pula Adnan Sempit. Para pelakonnnya saya tak pernah nampak di kaca TV mahupun iklan-iklan di media cetak. Siapa ni? Mungkin orang baru. Saya tanya rakan-rakan dan saudara-saudari saya yang lain, majoriti kata filem ni best. Ada yang kata "filem Melayu yang paling terbaik aku pernah tengok". Hmm. Bunyinya menggiurkan. Saya pun membuat keputusan untuk menonton Adnan Sempit di panggung wayang. Mana tahu boleh pecah perut. Lagipun, setelah membazir wang untuk menonton filem Hollywood yang kurang menarik seperti Legion dan Old Dogs, apa salahnya tukar selera sekali.

....Selepas agak-agak 90 minit menonton Adnan Sempit, saya agak kecewa.

Bagi saya, lawaknya tak ubah seperti lawak Senario. Lawak yang hanya membawa senyuman untuk saya, bukan yang boleh membuat saya ketawa terbahak-bahak seperti yang saya jangkakan. Namun bila difikirkan kembali, mungkin sense of humour saya tidak berapa sihat. Semasa berada di panggung wayang, ada segelintir yang ketawa terbahak-bahak tengok Si Adnan jatuh motor bila dia buat wheelie. Orang-orang yang cadangkan filem ini kepada saya, mungkin seperti mereka, mempunyai 'deria lawak' yang lebih sihat. Manakala orang di sebelah saya, sama macam saya, cuma senyum bila Si Adnan mengorat Cik Nadia.

Blog Perempuan


Assalamualaikum.
Kali ini saya nak bicara tentang blog perempuan.
Hampir kesemua blog perempuan yang saya baca tak punya kandungan yang menarik.
Asyik-asyik tentang lelaki, youlah, isi hati lah, apa benda entah (saya rasa perempuan pun tak minat nak baca blog saya haha).
Tetapi apa yang menarik tentang blog perempuan ialah blog mereka tampak cantik. Teks warna-warni, gambar yang menarik, dan latar belakang blog yang menakjubkan.
Bila saya tengok balik blog saya, apalah sangat blog saya ni. Kosong saja. Maklumlah, lelaki. Saya ni pun ringkas orangnya.

Monday, February 15, 2010

Video Games..



Assalamualaikum kepada para pembaca.

Dah lama saya tak buka blog saya ni, post saya yang sebelum ni pun saya buat secara sambil lewa. Tak baca 'Blog Updates' pada 'dashboard'. Sedar-sedar, dah ada 15 pengikut. Menyedari kenaikan peminat blog saya ni telah membuatkan saya nak tulis blog saya ni. Tapi malangnya, tiada idea pula. Ingat nak berbicara tentang ahli-ahli politik Malaysia yang keanak-anakan. Ingat nak bebicara tentang kerajaan Australia yang jaga tepi kain orang. Ingat nak berbicara tentang kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat. Tapi sebagai post untuk 'panaskan badan' dulu, saya ingat nak bicara tentang saya dululah. Lebih mudah.

Dekat 2 bulan saya cuti untuk menunggu keputusan SPM saya ni, saya banyak buat dua perkara; bermain papan selaju dan bermain permainan video. Banyak 'video games' yang saya dah habiskan semasa di rumah. Berikut merupakan senarainya:
-Left 4 Dead
-Left 4 Dead 2
-Call of Duty 4: Modern Warfare
-Spore
-Tom Clancy's Rainbow Six: Vegas 2
-Half Life 2
-Half Life 2: Episode One
-Half Life 2: Episode Two
-Assassin's Creed

Dan yang berikut merupakan game yang saya masih main:
-BioShock
-Dead Space
-Call of Duty- World At War
-Portal

Manakala yang berikut pula saya dah tak berminat nak habiskan atas sebab-sebab tertentu.
-Crysis
-Prototype

Sekian, sampai sini saja.

Friday, February 12, 2010

Between Assassination and Tactical Combat


Assalamualaikum semua. Dah lama tak tulis blog ni.

Hari ni saya nak buat ulasan sendiri tentang dua buah game yang saya baru habiskan.

Assassin's Creed dan Tom Clancy's Rainbow Six Vegas 2.
Game Assassin's Creed memang best.
Vegas 2 tak best.
Tu je.
Bye.

Friday, January 15, 2010

Bombhunters..


Senja tadi, aku bukak TV. Pergi ke saluran 555, History Channel. Masa aku tengok tu, depa tengah tayang program Bombhunters. Cerita pasal rakyat Kemboja yang masih lagi terasa tempias akibat penaklukan rejim Khmer Rouge pada tahun 1975-1979. Walaupun dah lebih 30 tahun rejim tu terhapus, namun rakyat Kemboja masih lagi rasa tertindas. Depa tiada duit nak beli makanan. Ramai orang miskin. Hidup mereka tak tentu arah. Kepapaan ialah suatu kebiasaan. Kanak-kanak tak dapat pendidikan. Nak duit kena cari kerja, tapi macam mana nak dapat kerja kalau tiada kelulusan pendidikan.
Jadi, ada inisiatif daripada sesetengah rakyat Kemboja yang nak cari duit ni, diorang pergi cari periuk api. Masa zaman Khmer Rouge dulu, rejim tu tanam banyak periuk api kat seluruh Phnom Penh, sebab tak nak bagi penduduk lari daripada genggaman rejim ganas tu. Kesannya, Kemboja ialah antara negeri yang paling banyak periuk api yang masih tertanam di seluruh dunia. Periuk-periuk api ni, walaupun dah lebih 30 tahun Khmer Rouge beredar, masih lagi 'hidup' dan mendatangkan bahaya kepada rakyat. Tapi demi mencari punca rezeki, ade rakyat Kemboja yang sanggup menggadai nyawa, pergi korek periuk api tu, diorang matikan, buang serbuk TNT, pastu jual kat pembeli besi buruk. Ada juga yang pergi cari bom-bom Amerika yang digugurkan pesawat-pesawat Amerika masa perang Vietnam dulu.
Kesian. Ada sesetengah yang dah mula buat kerja ni sejak umur 13 tahun. Tak lupa juga pada yang tersilap masa nak matikan periuk api tu, diorang kena letupan pulak. Hilang tangan. Kepada para pembaca, fikir-fikirkanlah. Kita lahir di bumi Malaysia bertuah ni, banyak-banyak lah bersyukur pada Allah. Andai kata PKM dapat pegang Tanah Melayu ni suatu masa dahulu, agaknya nasib kita akan sama seperti kawan-kawan kita di Kemboja.

Saturday, January 9, 2010

Old School Skaters and Longboards


Assalamualaikum.
Hari ni hari Ahad. Pagi tadi saya pergi main skate. Saya jangkakan saya main sorang-sorang je, sebab biasanya takde orang main pagi-pagi. Saya main sebab nak tingkatkan konsistensi. Tapi bile dah sampai kat 'skatepark' Lembah Keramat, nampak 2 orang dalam umur 30-an main skate. Settle. Boleh join. Aku pun pergi kat depa, bersalaman dan bertegur sapa. Tapi sorang ni bawak skateboard pelik sikit. Panjang skateboard dia.
Dia bawak Longboard. Tengok gambar. Camtulah longboard.
Panjang kan? Memang. Panjang giler. Bile die tengok aku skate, dia tawar kan aku longboard die, dia suruh aku cuba. Aku pun cuba la.
Wou...memang best. Bile jalan rasa smooth je. Tak macam skate aku, langgar jalan yang retak sikit dah bergegar. Brother tu kata longboard ni macam surfing. Tak taulah. Tapi yang aku tau, memang flow. Lancar je. Pastu aku cuba nak ollie. Tak jadi. Berat sangat. Pastu panjang. Brother tu buat ok. Takpelah bang. Saya main skate biasa je. Hehe.
Lebih kurang 5 minit kemudian, ade lagi 2 orang dalam lingkungan umur 30-an datang, bawak papan masing-masing. Wah. Ada reunion ke? Haha. Tak kisahlah. Aku pun join main dengan orang-orang old school ni.

Friday, January 8, 2010

Church Molotov-ed


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Para pembaca ada tonton TV hari ini? Mesti ada. Tengok berita tak? Bukan CNN, tapi berita tempatan. Kepada yang tak tonton, tidak mengapa biar saya beritahu apa yang jadi isu hangat hari ni.
Ada tiga buah gereja telah dibom dengan bom Molotov Cocktail.
Masih belum diketahui siapa yang jadi dalang tragedi di Desa Melawati ini. Tapi saya jamin ramai yang akan buat spekulasi bahawa yang jadi dalang ialah orang Islam. Ye lah kan, baru-baru ni isu kalimah Allah melibatkan agama Kristian.
Ye ke? Saya harap tak.
Saya harap perkara yang sering berlaku di Afghanistan dan Pakistan tidak akan berlaku di Malaysia.
Saya harap orang-orang Islam Malaysia, termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa, tidak akan dicop sebagai pengganas oleh warga kapitalis dan orang-orang bukan Islam.
Saya harap orang Islam yang telah diturunkan ujian hebat oleh Allah Taala sekarang tidak akan bertindak secara semberono.
Saya harap tragedi ini tidak akan mengkonkritkan penyataan bahawa Islam adalah pengganas.
Akhir sekali, saya harap tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi.