Sunday, February 21, 2010

Rakyat Malaysia yang Dah Terlalu Pandai

Assalamualaikum semua.
Tadi selepas saya menerbitkan post tentang jadual harian saya, saya membaca senaskhah suratkhabar Utusan hari ini. Topik muka depan tidak menarik sangat. Tentang perkelahian isteri-isteri sultan Kelantan, lebih kurang macam tu lah. Tapi yang menarik ialah pada mukasurat 6. Topiknya ialah "Rakyat Tidak Suka Buku".
Wuih. Menarik la topik ni. Jadi jika anda tergolong dalam golongan rakyat Malaysia yang seperti itu, berikut ialah ringkasan artikel tersebut:

-Dalam sehari, Perpustakaan Negara hanya mendapat kunjungan sebanyak 10-30 orang sahaja.

-Statistik pada tahun 1997 menunjukkan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca satu
mukasurat dalam setahun. Manakala statisitk pada tahun 2002 menunjukkan 'peningkatan'
sebanyak dua mukasurat setahun. Tergelak saya dibuatnya.

-Rakyat terlalu sibuk dengan urusan harian sampai tiada masa untuk baca buku.

-Dalam tren LRT dan perhentian bas, rakyat lebih gemar berdiri buat bodoh saja daripada
membaca. Siasatan Utusan mendapati hanya kira-kira 10% sahaja yang membaca. Rakyat lebih
gemar layan SMS.

-Yang membaca, orang Melayu baca novel cinta, manakala orang Cina dan India membaca buku
English. Tak kisahlah. Asalkan membaca.

-Di UPM dan UM, para pelajar membawa buku ke kafeteria, tetapi tak pula baca buku tu
semasa menunggu rakan.

-Di Sogo dan Bukit Bintang, ramai yang tak baca buku. Apalah pasukan siasatan Utusan ni.
Orang pergi Sogo dan BB nak enjoy, buat apa bawa buku.

Sebenarnya, post saya ni bukannya ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia, tetapi kita yang sedang menunggu keputusan SPM. Kita daripada duduk melangut layan Facebook, lebih baik kita baca buku. Saya pun nak pergi baca buku Tony Hawk: Professonal Skateboarder lepas
saya habis taip post ini. Saya nak akhiri post ini dengan serangkap lagu yang popular masa saya kecil dulu:

Everybody, take a book and read,
To gain knowledge, everyone has to read,
Let's reach out, open up your mind,
Let's make reading, to the life of the Wawasan.

Ingat tak lagu ni?

p/s: baik letak topik ni di muka depan Utusan.

-

Jadual Harian Semasa Cuti Pasca SPM

Assalamualaikum semua.
Saya ni, semasa menunggu keputusan SPM saya yang cemerlang (haha) untuk keluar, saya banyak goyang kaki di rumah. Saya tak menghambakan diri saya kepada tauke-tauke kedai untuk digajikan. Tapi bila saya duduk rumah ni, saya macam ada jadual yang saya ikut tiap-tiap hari. Berikut ialah jadual saya:

6.30 am - Bangun. Solat Subuh
8.00-10.00 am - skate
10.00am-5.00pm - aktiviti bebas
5.00-6.30pm - skate
6.30-11.00pm - aktiviti bebas
11.00pm-6.30am - separuh mati

Tu saja kali ini.

Tuesday, February 16, 2010

Adnan Sempit - Ulasan Saya

Aaahh..sedapnya cendol ni.
Assalamualaikum kepada para pembaca. Sewaktu saya menaip untuk 'post' kali ini, saya baru balik dari KLCC, menonton filem tempatan bertajuk Adnan Sempit.
Sebenarnya saya bukannya peminat filem industri tempatan. Dengan lawak-lawak bodoh dan slapstik yang tidak kelakar, saya rasa industri filem tempatan menghasilkan filem-filem yang lebih kurang sama setiap tahun. Lawak tak menjadi, jalan cerita yang agak basi dan yang paling saya tak tahan, tiap-tiap kali mesti filem cinta. Haih. Melainkan sesuatu filem itu ada nilai tambahan yang menarik (seperti Cicakman), saya tidak akan menyalurkan wang sebanyak RM8 kepada kakak di kaunter untuk menonton filem Melayu.
Kemudian datang pula Adnan Sempit. Para pelakonnnya saya tak pernah nampak di kaca TV mahupun iklan-iklan di media cetak. Siapa ni? Mungkin orang baru. Saya tanya rakan-rakan dan saudara-saudari saya yang lain, majoriti kata filem ni best. Ada yang kata "filem Melayu yang paling terbaik aku pernah tengok". Hmm. Bunyinya menggiurkan. Saya pun membuat keputusan untuk menonton Adnan Sempit di panggung wayang. Mana tahu boleh pecah perut. Lagipun, setelah membazir wang untuk menonton filem Hollywood yang kurang menarik seperti Legion dan Old Dogs, apa salahnya tukar selera sekali.

....Selepas agak-agak 90 minit menonton Adnan Sempit, saya agak kecewa.

Bagi saya, lawaknya tak ubah seperti lawak Senario. Lawak yang hanya membawa senyuman untuk saya, bukan yang boleh membuat saya ketawa terbahak-bahak seperti yang saya jangkakan. Namun bila difikirkan kembali, mungkin sense of humour saya tidak berapa sihat. Semasa berada di panggung wayang, ada segelintir yang ketawa terbahak-bahak tengok Si Adnan jatuh motor bila dia buat wheelie. Orang-orang yang cadangkan filem ini kepada saya, mungkin seperti mereka, mempunyai 'deria lawak' yang lebih sihat. Manakala orang di sebelah saya, sama macam saya, cuma senyum bila Si Adnan mengorat Cik Nadia.

Blog Perempuan


Assalamualaikum.
Kali ini saya nak bicara tentang blog perempuan.
Hampir kesemua blog perempuan yang saya baca tak punya kandungan yang menarik.
Asyik-asyik tentang lelaki, youlah, isi hati lah, apa benda entah (saya rasa perempuan pun tak minat nak baca blog saya haha).
Tetapi apa yang menarik tentang blog perempuan ialah blog mereka tampak cantik. Teks warna-warni, gambar yang menarik, dan latar belakang blog yang menakjubkan.
Bila saya tengok balik blog saya, apalah sangat blog saya ni. Kosong saja. Maklumlah, lelaki. Saya ni pun ringkas orangnya.

Monday, February 15, 2010

Video Games..



Assalamualaikum kepada para pembaca.

Dah lama saya tak buka blog saya ni, post saya yang sebelum ni pun saya buat secara sambil lewa. Tak baca 'Blog Updates' pada 'dashboard'. Sedar-sedar, dah ada 15 pengikut. Menyedari kenaikan peminat blog saya ni telah membuatkan saya nak tulis blog saya ni. Tapi malangnya, tiada idea pula. Ingat nak berbicara tentang ahli-ahli politik Malaysia yang keanak-anakan. Ingat nak bebicara tentang kerajaan Australia yang jaga tepi kain orang. Ingat nak berbicara tentang kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat. Tapi sebagai post untuk 'panaskan badan' dulu, saya ingat nak bicara tentang saya dululah. Lebih mudah.

Dekat 2 bulan saya cuti untuk menunggu keputusan SPM saya ni, saya banyak buat dua perkara; bermain papan selaju dan bermain permainan video. Banyak 'video games' yang saya dah habiskan semasa di rumah. Berikut merupakan senarainya:
-Left 4 Dead
-Left 4 Dead 2
-Call of Duty 4: Modern Warfare
-Spore
-Tom Clancy's Rainbow Six: Vegas 2
-Half Life 2
-Half Life 2: Episode One
-Half Life 2: Episode Two
-Assassin's Creed

Dan yang berikut merupakan game yang saya masih main:
-BioShock
-Dead Space
-Call of Duty- World At War
-Portal

Manakala yang berikut pula saya dah tak berminat nak habiskan atas sebab-sebab tertentu.
-Crysis
-Prototype

Sekian, sampai sini saja.

Friday, February 12, 2010

Between Assassination and Tactical Combat


Assalamualaikum semua. Dah lama tak tulis blog ni.

Hari ni saya nak buat ulasan sendiri tentang dua buah game yang saya baru habiskan.

Assassin's Creed dan Tom Clancy's Rainbow Six Vegas 2.
Game Assassin's Creed memang best.
Vegas 2 tak best.
Tu je.
Bye.