Thursday, March 18, 2010

Hadiah SPM

Assalamualaikum semua.
Pada hari Khamis, 11 Mac 2010, aku pergi mengambil keputusan SPM 2009 aku di maktab. Alhamdulillah, semua A. Ada 6 A+, satu A dan 2 A-. Gembira mak aku mendengar khabar. Apabila sampai di rumah di Kuala Lumpur, malam tu abang aku pergi beli sate di kedai Sate Kajang Haji Samuri dlm 80+ batang, kemudian bungkus makan di rumah. Sedap betul. Dah lama tak makan sate.

Esoknya bapa aku beri aku RM100, sebagai hadiah. Syukran. Pada hari tu juga, aku pergi ke kedai buku Kinokuniya di KLCC untuk beli sebuah novel grafik yang dah lama aku nak beli: Mirror's Edge. Komiknya lebih kurang macam gambar di ataslah. Mahal juga lah novel grafik ni. RM68. Maklumlah, barang dari tanah seberang, mestilah mahal.

Saturday, March 13, 2010

Skatepark Mont Kiara


Assalamualaikum.
Siang tadi saya baru pergi skatepark di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Ni kali pertama pergi jadi masa mula-mula sampai tu rasa agak gemuruh juga lah. Maklumlah, selama ni main tepi jalan saja (tak lupa juga di sebelah kelas 408). Tiba-tiba nak ke park pula. Haha. Saya pergi ke sana dengan seorang rakan bernama Zarul.

Bila dah sampai ke Kompleks Rakan Muda, kena register kat pak gad. Pastu pergi la kat tempat yang dinyatakan. Huih bunyi dia- ketang ketung- habis mamat-mamat skate tu kerjakan. Masa aku sampai ada dalam lebih kurang 20+ orang je. Orang putih pun ramai jugak. Bukan skaters je yang ada, mamat inline (kasut roda) dan mamat bmx pun ade gak. Pastu semua yang main ialah lelaki, cuma ada seorang perempuan. Main skate la.

Aku pun turun la dengan papan yang aku bawak. Memang best. Permukaannya smooth dan lancar, laju la papan aku dibuatnya. Tak payah penat-penat aku kayuh. Pastu bila dah biasa sikit dengan laluannya, aku pun nak buat tricking sikit la. Masa ni kantoi pula. Aku mana pernah tricking dekat permukaan yang senget. Biasa main kat tanah rata.

Pastu agak malulah. Papan yang aku bawak tu sangat uzur, skaters kata "dah hilang pop". Nak ollie pun susah. Hujung papan tu pun dah nipis. Ramai Mat Saleh tegur aku, apasal papan teruk sangat. Aku buat bodoh je lah. Cakap "I just skate".