Tuesday, June 29, 2010

Frozen

Assalamualaikum.
Kali ni saya nak cerita pasal filem yang baru saya tonton di TGV KLCC tadi, Frozen. Filem ni tentang tiga anak muda snowboarder yang nakal terperangkap dalam sebuah ski lift. Bagaimana mereka boleh terperangkap, bacalah di laman web filem lain.

Untuk orang yang jarang-jarang tengok filem thriller, saya memang suka Frozen. Tiada unsur seram (hantu dsb.) dalam Frozen, cuma alam semulajadi yang membuatkan budak-budak ni ketakutan. Pendek kata, saya suka menonton filem Frozen. Tapi mungkin bagi mereka yang memang selalu tengok filem thriller, filem ni macam tiada apa-apa sangat.

Monday, June 7, 2010

Masjid yang pasang speaker kuat-kuat

Assalamualaikum.
Sekarang ni saya baru balik dari dengar ceramah di sebuah surau yang berdekatan. Seperti yang tertera di tajuk post ni, surau ni memang pasang speaker (yang tok bilal guna untuk azan) dengan kuat. Masa saya nak pergi dengar ceramah tu, jam menunjukkan pukul 8.15 malam, jadi saya agak terlambat sedikit; ceramah sudah pun bermula lebih kurang 15-20 minit yang lalu. Belum sampai surau lagi dah dengar suara penceramah. Kuat betul. Semangat lagi penceramah tu.

Saya terfikir sejenak, orang yang tak datang surau ni tak bosan ke dengar speaker ni pasang kuat-kuat? Saya fikir mesti macam mengganggu ketenteraman malam, ramai orang baru balik dari kerja, nak berehat di rumah, nak tengok TV, nak bermesra dengan isteri, nak bermain-main dengan anak, tiba-tiba suara penceramah yang semangat seolah-olah menghancurkan ketenteraman malam. Lebih-lebih lagi yang bukan Muslim. Orang surau ni tak fikir ke dengan pasang speaker kuat-kuat akan mengganggu orang yang penat nak berehat? Bukan itu saja,mungkin ada lagi orang sakit yang perlu berehat, mungkin ada bayi yang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan suara dari surau. Mesti orang sakit tu berang. Bayi yang tak dapat tidur bukan senang nak ditidurkan semula, kalau dia menangis lagi susah.

Ya, mungkin orang surau tu berniat baik. Orang yang tak datang surau boleh dengar sahaja di rumah. Tapi adakah semua orang yang tak pergi surau tu nak dengar ceramah? Tambahan pula, tadi penceramah tu macam ada mengutuk agama Hindu dan Buddha. Penganut-penganut agama tersebut yang terdengar cemuhan tu, mesti mereka berang.

Sebelum ni saya pernah terbaca sebuah artikel dalam majalah Al-Islam berkenaan isu ini. Mereka buat kaji selidik tentang pendapat orang bukan Islam terhadap sesetengah surau yang selalu pasang speaker kuat-kuat. Majoriti orang bukan Islam yang telah disoal selidik menyatakan mereka tak kisah tentang azan, tapi mereka kurang puas hati bila surau pasang speaker untuk ceramah. Kalau azan cuma 5 minit, tapi bila ceramah boleh mencecah 1 jam setengah. Dahlah ceramah ni biasanya diadakan pada waktu malam, orang nak berehat pun susah.

Kalau macam ni, susahlah nak dakwah.

Wayang Digital 2D

Assalamualaikum.
Tadi saya pergi tengok filem Prince of Persia di Tanjung Golden Village Cinemas KLCC. Di sana, filem ni ditayangkan dalam dua format; format biasa dan format Digital 2D. Disebabkan saya tak pernah tengok filem dalam wayang Digital 2D, saya mengambil keputusan untuk menonton filem adaptasi permainan video ini dalam Digital 2D. Harga tiketnya tak banyak beza pun. Kalau yang biasa harganya RM11, manakala Digital 2D pula RM13.

Rupa-rupanya Digital 2D tak banyak beza pun dengan yang biasa. Adalah perbezaan sikit. Yang paling ketara ialah tiada lagi tompok-tompok hitam yang kadang kala muncul semasa kita asyik menonton. Tapi saya tak kisah sangat pun pasal tompok-tompok hitam tu, sebab biasanya saya layan sangat tengok filem sampai tak sedar akan kehadiran tompok-tompok tersebut. Kedua, mungkin kualiti gambar dalam Digital 2D jauh lebih baik daripada yang biasa. Yang ni saya tak boleh nak pastikan sebab saya tak tengok Prince of Persia dalam format biasa, jadi saya tak boleh nak bandingkan.

Senang cerita, Digital 2D ni macam televisyen besar.