Monday, May 31, 2010

Keluang Man 2

Assalamualakum.
Kenal tak muka kartun ni? Tak kenal yang di sebelah kiri? Tak mengapa. Tengok kartun yang sebelah kanan pula. Masih tak kenal? Kalau tak tahu, inilah inspektor dalam siri kartun Keluang Man. Ini karakter yang sangat dikenali dalam industri kartun Malaysia. Tanyalah sesiapa yang kenal Keluang Man, mereka mesti ingat seorang inspektor India yang berkata-kata dalam selanga India yang pekat. Nama? Saya pun tak ingat.

Sebelum menerbitkan post ni, saya tadi ada buka akaun Facebook saya. Disebabkan kebosanan, saya pun mula taip 'Keluang Man' di ruangan search. Keluar pula Keluang Man 2. Tengok-tengok sudah ada perancangan untuk menerbitkan Keluang Man dalam animasi 3D setelah hero hospital sakit jiwa ni lama meninggalkan kaca televisyen. Pada mulanya saya rasa gembira, sebab akhirnya saya boleh tengok sekali lagi kartun Keluang Man. Tapi bila saya dah tengok model-model 3D untuk siri yang akan datang ni, rasa kecewa pula timbul. Agak buruk.

Memang betul industri 3D Malaysia masih mentah dan tak mampu untuk hasilkan animasi seperti Pixar, tapi dalam kes ni, saya rasa dah teruk sangat. Dah macam Kacang. Saya tak nak Keluang Man jadi Kacang!! Sepatutnya kualiti animasinya setanding atau lebih baik daripada Upin & Ipin! Tak bolehkah kalau Keluang Man dihidupkan semula dalam animasi 2D yang lebih baik daripda sebelumnya?

Mungkin saya ni yang skeptikal sangat. Masih awal untuk mengatakan apa-apa. Mana tahu, mungkin Keluang Man 2 berkali-kali ganda lebih baik daripada Geng? Mungkin gambar-gambar model 3D dalam Facebook tu cuma lakaran awal, mungkin masih lagi jauh sebelum penghabisan produksi. Tak mengapa. Kita tunggu dan lihat

Friday, May 28, 2010

Sewa DVD

Assalamualaikum.
Hari ni saya sewa DVD dari kedai Video Ezy. Boleh tahan juga, RM3 untuk satu DVD. Tadi dah sewa DVD filem Up. Jadi sebelum saya masuk Kolej MARA Seremban nanti, saya ingat nak sewa DVD banyak-banyak, tengok puas-puas. Banyak juga cerita best-best yang saya tak dapat tengok sebelum ni.

Kenapa saya tak muat turun saja dari mana-mana torrent? Satu, saya malas. Dua, muat turun macam ni salah di sisi undang-undang. haha

Tuesday, May 25, 2010

Carl's Jr.


Assalamualaikum semua.
Tadi di Pavilion, saya pergi ke restoran Carl's Jr untuk makan tengahari. Sahabat saya yang galakkan saya makan di sini. Saya kira ok jugak, apa salahnya mencuba makanan di restoran yang saya tak pernah masuk.

Jadi bila saya nak memesan makanan, saya pesan makanan yang paling murah: Burger Famous Star. Harganya lebih kurang RM13. Untuk restoran-restoran barat seperti yang Carl's Jr, RM13 ialah harga yang biasa. Saya tak suka sangat burgernya; saya lebih suka burger Ramly.

Tapi ada satu perkara yang menarik tentang Carl's Jr: FREE REFILLS!!! wooohhooo!! Pelanggan boleh minum sebanyak mana yang mereka nak. Tadi saya minum secawan Sprite, kemudian refill dengan teh limau ais, kemudia refill lagi dengan air campuran coke + sarsi.

Shrek Selamanya

Assalamualaikum semua.
Hari ni saya telah menonton filem Shrek Forever After dalam format 3D di Pavilion Kuala Lumpur. Kenapa saya tengok dalam 3D? Sebab sebelum ni saya terlepas tengok How To Train Your Dragon dalam 3D, jadi saya rasa rugilah. Lebih-lebih lagi bila banyak pengulas filem kata efek 3D dalam HTTYD memang mantap, seperti dalam Avatar. Jadi sebelum terlepas, baik saya tonton dulu filem Shrek ni dalam 3D, mana tahu kalau-kalau ada efek mantap.

Jadi selepas tonton filem Si Hijau ini, bolehlah dikatakan filem ni tak bosan, tapi pada masa yang sama tak menarik juga. Mungkin sebab saya tak pernah tengok filem-filem Shrek yang sebelum ini, jadi saya tak boleh mendalami sangat cerita ni. Tapi tak bermakna saya tak faham jalan ceritanya. Plot sangat mudah dan tak kompleks sangat. Saya juga berpendapat, er, Shrek, ialah seekor makhluk yg agak hodoh (para peminat Shrek, minta maaf), jadi saya tak boleh nak enjoy sangat filem ni. Tapi kalau anda ialah seorang peminat Shrek, tengok lah filem ni, sebab ni ialah filem terakhir dalam francais Shrek.

Berkenaan dengan efek 3D dalam filem ni, saya rase macam tak ada apa-apa sangat. Jadi kalau anda sekadar nak tengok Shrek kerana "Saya cuma nak pergi wayang" atau "Filem-filem sekarang macam takde yang menarik, jadi Shrek pun bolehlah", usah melabur lebih banyak duit untuk tiket 3D kerana pada saya efek 3D dalam filem ni tak lebih daripada membuatkan watak-watak 'keluar' daripada skrin, dan saya rasa lebih baik tonton dalam panggung wayang biasa. Tapi kalau anda ialah seorang yang gila-gilakan Shrek, jangan malu dan segan, terus angkut tiket 3D gold class. Haha. Yelah kan, selepas ni dah takde Shrek dah.

Sunday, May 23, 2010

Henset baru


Alhamdulillah, sekarang dah ada telefon bimbit baru. Abah saya belikan semalam di Carrefour. Terima kasih. Nokia 1208, RM95..

Friday, May 21, 2010

How To Train Your Dragon


Sangat syok sampai membuatkan aku tengok 5 kali di panggung wayang. Hahaha. Kali terakhir aku tengok ialah pada hari terakhir screening filem ini di Suria KLCC.