Monday, December 12, 2011

Tricks Yang Aku Mahukan Pada Cuti Kali Ini

Assalamualaikum semua.

Post kali ni tak panjang berjela, cuma nak buat nota untuk diri sendiri tricks yang aku akan cuba land pada cuti kali ini.

-360 shuvit (dah land, cuma nak bagi clean)
-no handed pogo
-carousel
-broken fingers

Sunday, December 11, 2011

Aku Mahukan...

Assalamualaikum semua.
Hari ni sudah 12 Disember. Cepat betul masa berlalu.

Kali ni saya nak ceritakan kepada anda sesuatu yang saya mahukan. Sekarang ni cuti, dan kalau boleh saya nak skate sebanyak mana yang boleh. Nanti bila dah balik ke kolej, mana boleh skate banyak-banyak. Lebih kurang sejam saja sehari, mana puas. Jadi bila dah dekat rumah ni, bantai la habis-habis kan.

Tapi masalahnya takde tempat. Dan bila aku kata 'tempat', maksud aku bukan skatepark. Untuk freestyle skateboarder, court basketball dah cukup. Maksud aku ialah tempat yang sesuai untuk skate. Dan tempat yang sesuai untuk skate bagi aku, ialah:
-Kawasan yang bersimen rata, luas (macam parking lot dlm gambar)
-Tempat yang takkan ganggu orang lain, jauh dari kawasan perumahan sebab tak nak bunyi bising bermain skateboard mengganggu privasi orang

Dan tiada tempat yang seperti aku maksudkan di kawasan berhampiran. Ada sekali, aku skate kat mana ntah, betul-betul depan rumah orang. Marah gila dia. Haha. Bising sangat, katanya. Aku faham.

Ada tempat skate dekat AU5 Lembah Keramat, dulu tempat tu ialah antara spot yang paling terkenal di KL. Tapi sekarang dah mati, RIP. Aku bukan tak suka skate di sana (ada skater lain atau tak, aku tak kisah), cuma tempat tu kawasan simen dia tak luas dan rata for my liking, dan simen dia pula kasar.

Kalau dulu aku ada sorang member, dia skate jugak. Shah nama dia. Time nak skate, pergi kat parking lot apartmen dia, pastu skate lah. Orang mana kisah bising tak bising. Parking lot kan.
Tapi bila aku dah masuk kolej, terus lost contact. Dah hilang ke mana aku tak tahu. Sebelum ni dia pernah kata nak sambung belajar ke UK, jadi sekarang ni mungkin di sana la kot. Aku ade friend dengan dia dekat MySpace, tapi orang mana main MySpace skearang, sekarang Facebook. Tak pun Twitter. Tapi nak cari tak jumpa pula akaun dia. Haha.

Apa yang aku mahukan? Kawasan lapang bersimen. Tu je.

Dan apa freestyle skateboarding? Ini dia. My friend, Erick Mattos. Dia bukan pro, so jangan la expect power sangat. Haha.



Mahukan yang lebih pro? Okey. Yang ni pemenang World Freestyle Skateboarding Championships 2011 dekat Sweden, Stefan "Lillis" Akesson.



Nak lagi? Haha okey. Yang ni video yang dibuat oleh ahli-ahli Freestylers United dari serata dunia. Dalam ni ada aku. Orang-orang yang masuk dalam video ni terdiri daripada skaters yang masih mentah (aku, haha), kepada yang dah 12 tahun skate (Joe Moore), kepada freestyle skateboarding legend (Joe Flemke). Terima kasih Freestylers United.



Sekian.

Sunday, December 4, 2011

Bapa Aku, Pencinta Haiwan


*masa makan malam*

aku : bah, tak nak makan ke ayam ni? sedap ouh!

abah : tak nak la zam. makan la kau.

aku : la apsal tak nak pulak?

abah : *gelak* hah yelah. Cuma kadang-kadang abah fikir, pasal nasib ayam-ayam ni. kamu pun pernah tengok kan macamana lori-lori tu bawak ayam. dalam satu bekas (casket) kecik tu, diletaknya ayam berhimpit-himpit. lepas tu bekas-bekas tu terus dia susun kat lori tu, tinggi dia susun. kesian ayam-ayam tu berhimpit-himpit, panas. dah la terseksa, lepas tu kena sembelih pulak. haih. abah kalau nak makan ayam, abah makan. tapi tu lah. terfikir.

Aku, Abang dan MLM


Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni abang saya baru sertai program Multi Level Marketing bersama syarikat Amway. Sebelum saya menuliskan penulisan saya dengan lebih lanjut, ingin saya katakan, "Aku sebagai ahli keluarga yang lebih muda daripada kau akan sokong 100% dalam segala yang kau buat. Tapi nanti bila dah kaya jangan lupa belanja kami pergi skydiving!" (Maaf, saya tak suka bahasakan diri saya sebagai adik, haha)

Sekarang, untuk tulis pendapat saya tentang MLM. Hari tu, abang saya dah bagi ceramah pendek kepada saya tentang konsep perniagaan MLM. Lepas dengar dia membebel selama lebih kurang setengah jam, dan 30 Powerpoint slides kemudian, aku rumuskan dengan dua perkataan: seems legit (ala-ala 9Gag). Berkonsepkan Islam, keuntungan yang dapat 100% berdasarkan usaha yang diberikan, produk-produk yang bermutu serta sudah lama berada di pasaran tanpa banyak ubahan (seperti Coca-Cola), dan lain-lain sebab membuatkan apa yang abang saya buat ni akan membuahkan hasil, insyaAllah. Dan biasanya abang saya tak cakap kencang; semua benda yang dia nak buat, dia buat sungguh-sungguh. Ada sekali, sanggup tak tidur malam sebab malam tu kena sediakan baju cosplay, esoknya ada pertandingan!

Tapi adakah saya akan buat MLM bila saya dah besar nanti? Saya tak nak terus kata ya atau tidak sekarang, sebab saya masih muda, mentah, dan sedang belajar di kolej. Tapi seriously saya harap saya tak perlu buat MLM.

Kenapa? Sebabnya, saya pelajar biasiswa MARA. Kerajaan yang membantu saya menyambung pelajaran, dari Tingkatan Satu, hingga sekarang, pelajar kejuruteraa A-Level di Kolej MARA Seremban. Saya juga yakin kerajaan bantu saya belajar untuk satu dan satu sebab sahaja:

Berjasa kepada rakyat. Giving back to the community. To the people. To the country.

Mana kerajaan dapat duit untuk support kos pendidikan saya yang beribu-ribu untuk setahun? Dari rakyat. Rakyat yang dah penat lelah bekerja untuk keluarga, akhirnya membayar cukai kepada kerajaan demi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat yang taat setia kepada negara. Lalu duit itu dibelanjakan untuk aku belajar. Aku pasti, tak kan kerajaan tanpa segan silu terus menghulurkan sejumlah wang yang besar, 'cuma nak tengok anak-anak Malaysia berjaya'. Tak. Kerajaan akan expect kami, yang dah lama belajar dengan duit rakyat, supaya berjasa kepada negara. Terutamanya aku yang ambil jurusan kejuruteraan, mungkin kelak perlu memantapkan infrastruktur negara, demi kesejahteraan rakyat.

Kalau saya buat MLM, ya, memang boleh buat duit, tapi saya tak nampak kat mana saya boleh sumbang kepada masyarakat dan negara. Nampak macam cuma untuk keuntungan individu dan syarikat. Saya bukan anti-MLM, tidak sama sekali. Cuma konsep MLM tu, pada fahaman saya, tak kena dengan jiwa saya. Kalau saya kena buat MLM sebagai kerjaya utama, saya akan rasa bersalah. Guilty. Saya dah kecewakan kerajaan (BUKAN BARISAN NASIONAL), dan rakyat terutamanya.

Saya harap saya tak perlu buat MLM. Kalau kena buat jugak, harap cuma pendapatan sampingan saja.

Sekian, sampai sini saja buat masa ini.