Friday, June 29, 2012

Volunteer di Zoo Negara

ni bukan sticker aku. sticker aku gambar beruang.

   Assalamualaikum. Hari ni aku nak citer pasal aku pergi volunteer dekat Zoo Negara pada 27 Jun tempoh hari. Saja la nak cerita kan, mana tau ada yang berminat. So aku akan citer la apa yang aku boleh kongsi, dan beritahu korang ape yang korang kena bawak kalau korang nak pergi sekali-sekala. Selain itu (ewah), korang juga boleh masuk zoo tanpa bayar. Tapi anggaplah bayaran dia ialah korang kena kerja sikit.

Dat Ass!

   Ok so yang pertama sekali aku nak cerita, kalau korang nak volunteer kat zoo ni, kena terima hakikat dulu yang kerja ni memang kotor. Tak boleh nak geli-geli dan sebagainya. Ya, memang anda boleh balik bila-bila anda nak (sebab dah nama pun volunteer), tapi kalau dah tak sanggup nak berkotor-kotoran, jadi nasihat saya janganlah pergi. Buatlah kerja lain. Contohnya, orang yang tweet dekat aku bila aku kata aku volunteer di Zoo:

  seriously, no offense kpd yang tweet ok. just for laughs :)

   Tapi ramai jugak yang menunjukkan minat.
jangan risau, dia takkan suruh cuci taik. kita volunteer, takkan dia bagi kerja yang susah gila.

   Jadi post kali ni untuk menjawab soalan-soalan di atas. Jadi cerita dia macam ni, hari sebelumnya, kakak aku yang dengan semangat tiba-tiba mengajak aku buat kerja volunteer di Zoo Negara. Aku pun kebetulan masih tak buat apa-apa di rumah, setujulah. Aku pun nak macam merasa jugak kerja-kerja dengan binatang.

   So apa yang korang kena bawak? Em, tak banyak sangat pun. Dia tak kisah sangat korang pakai baju apa, asalkan sopan dah lah. Jeans pun boleh. Tapi aku nak cakap, jangan pakai pakaian kegemaran korang. Jamin kotor nanti bila korang bawak pergi zoo. Tak payah bawak kasut, nanti dia bagi but getah untuk korang pakai (tapi kalau boleh bawak but getah korang sendiri, sangatlah bagus, sebab aku tak boleh jamin yang but-but yang disediakan pihak zoo ade yang muat dengan saiz kaki korang). Lagi satu aku nak cakap, SARUNG TANGAN. Kenapa aku caps-lock-kan? Sebab nanti korang kena banyak gila angkat itu ini, makanan dia, dan kena angkat saki-baki makanan semalam yang binatang tu tak makan. Aku dah la tak pakai sarung tangan, tapi angkat gak. Hahaha. Dan yang terakhir sekali, bawak la baju lebih. Yang ni tak payah cakap pun takpe kot.

   Jadi korang kena berkumpul dekat zoo sebelum 8.30. Nak masuk, bagitau dekat yang jaga entrance, kata nak volunteer, kemudian dia akan cakap kau kena pergi tempat sekian-dan-sekian. Tak payah bayar apa pun. Sebelum bertugas, orang-orang zoo akan bagi briefing. Tak susah sangat pun, sikit je. Korang juga boleh pilih sama ada nak volunteer untuk setengah hari (sampai pukul 12) atau satu hari penuh (sampai pukul 4). Kalau tak silap aku hari-hari dia bukak untuk volunteers, sama ada individu atau pun berkumpulan (kalau kumpulan besar kena la bagitau dulu). Dan janganlah pergi time hari minggu, tak seronok la ramai sangat orang tengok.

   Kakak aku tak datang, sebab ada traffic jam. So dia tak boleh nak sampai sebelum pukul 8.30. Jadi aku bertemankan budak-budak dari sebuah sekolah menengah di Gombak, dan dua orang lagi macam aku yang volunteer secara individual.

budak-budak ni form 5. dah bulan jun, masih boleh jalan-jalan lagi. siapa la cikgu diorang ni.

   Jadi semua volunteer akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan ada kawasan masing-masing. Aku dan seorang budak Gombak diarahkan untuk pergi ke kawasan binatang-binatang berkaki empat yang herbivor. Aku kata macam tu sebab binatang-binatang dekat kawasan aku semua haiwan seperti rusa, kancil dan lain-lain. Jadi tugas pertama ialah bersihkan kandang......em... binatang apa ni eh. Dia kecil sahaja macam kucing, tapi boleh melompat macam kanggaru (eh?). Tengok la gambar nya sendiri.

mereka ni pemalu, susah nak tangkap gambar mereka. 

ni la kandang dia. binatang kecik, kandang besar! ponat den

   Kami kena sapu kawasan diorang, basuh bekas-bekas makanan depa, isi bekas air diorang, dan bagi makanan untuk hari ni. Sebelum korang tanya, yes time sapu tu memang kena sapu dengan taik-taik diorang sekali. Tapi tak mengapa najis diorang kecik, jadi tak kisah sangatlah.
 
   Lepas tu aku kena tolong staff zoo dekat kawasan tapir (kalau tak tau tapir tu apa, tengok balik gambar Dat Ass! di atas). Waktu ni aku kena angkat saki-baki makanan diorang semalam dan ganti dengan makanan diorang yang baru. Mereka ni makan sayur-sayuran, betik, dan ada makanan yang berbentuk pellets.
 
   Tapi yang aku paling tak suka, bila aku kena pergi dekat ada satu sewer ni, kena bukak satu paip ni supaya air dari kolam dalam kawasan diorang (untuk tapir-tapir tu minum) keluar. Dan yang tak boleh blah, mula-mula air tu keluar dengan warna air biasa la, jernih, tapi tak lama kemudian terus jadi warna coklat. Sounds disgusting? Haha memang ya pun.

jeng jeng jeng! aku kena bukak paip berinjap merah tu.

   Dah habis kerja dekat tapir, kena pergi kawasan kancil (kot) pulak. Kerja kali ni lebih senang, bawa makanan mereka, bersihkan bekas-bekas makanan diorang..... dan itu saja lah. Takde nak pergi bukak paip kumbahan. Makanan mereka ni lebih kurang sama macam tapir tadi, cuma kali ni kuantiti dia kurang sedikit dan betik diganti dengan lobak.
kat belakang tu ada lagi seekor nak datang.

   Lepas tu aku kena pergi ke kawasan rusa pulak. Lagi sekali time ni kena bagi makan daun-daun kepada binatang-binatang ni. Tapi yang ni mula-mula aku takut sikit, sebab mereka ni banyak (boleh buat geng woi) pastu sesetengah mereka ni ada tanduk. Hahaha. Tapi mereka jinak je. Cool. Tapi takut jugak lah, bila aku bawak makanan diorang, rusa-rusa ni terus serbu aku.

banyak lagi yang tak masuk frame.

early deer gets the leaf!

makan berjemaah itu sunnah. pedoman buat saya.

   Dah habis buat kerja di kandang rusa, sedar-sedar dah pukul 11.30. Mula-mula aku pelik, sebab dia kata rehat pukul 10. Aku dan brader Gombak ni tak rehat ke? Pastu baru la dia cerita, kalau ikut jadual memang rehat pukul 10, lepas tu sambung balik pukul 10.30 sampai 12. Tapi staff yang jaga kitorang kata ganti time rehat kitorang, lepas 11.30 tu boleh rehat terus sampai pukul 2, tak payah buat kerja lagi. Ooo. Nice jugak.

   Sekarang time rehat tengahari, volunteers diberi peluang untuk pusing-pusing zoo. Kira masuk zoo free la. Haha. Aku pun jalan-jalan la, tengok binatang. Aku ada tangkap gambar, tapi  tak nak la tunjuk dekat sini. Sini aku nak cerita pengalaman aku jadi volunteer, bukan melawat zoo. Tapi aku suka betul gambar harimau ni mandi, jadi aku nak tunjuk kat korang. Aku tengok je harimau tu, daripada dia tersipu-sipu main air dekat tebing, lepastu terus masuk air dan mandi.

hmm hmm hmm hmm

Woi apa tengok-tengok?! Tak pernah tengok harimau mandi ke?! Lancaaauuuummm!

   Kebetulan tak lama kemudian, hujan turun dengan lebat. Aku pun bergegas ke surau, lepas tu tidur sekejap sementara menunggu Zohor. Oh ya, sebelum tu aku dah makan tengahari dekat kantin zoo. Kantin pekerja dia sedih betul. Makanan sikit sangat. Sampai buat aku tak nak ambik gambar. Hahaha. Entahlah, mungkin sebab pekerja tak berapa ramai. Mungkin jugak sebab ramai pekerja bawak bekal sendiri. Staff yang jaga kami misalnya, untuk makan tengahari dia bawak bekal sendiri.

   Dah pukul 2, hujan masih turun. Tak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Aku nak balik, tapi tak boleh, sebab aku datang zoo naik basikal. Jadi aku pun berehat dengan lagi dua orang volunteer yang aku sebutkan di awal post. Seorang pelajar biasiswa UEM, nanti nak masuk KYUEM, baru mula ambil jurusan A-Level (aku yang baru habis A-Level ni pun mulalah cakap AL tu susah lah, mengarutlah, apa-apa lah, hahahaha... tapi fuck lah, pelajar KYUEM kot, damndamndamn). Budak UEM tu kata sebelum ni dia dah datang dua kali, dan bertugas di kandang harimau. Kali kedua dia dapat bertugas di kandang beruang. Lagi seorang, pelajar biasiswa JPA, baru habis first year belajar di Canada, ambil jurusan animal bio. Eloklah dia time cuti buat volunteer dekat zoo.
 
   Aku juga sempat mengambil gambar memerang-memerang yang suka main hujan.
  berebut bila semua nak ambik gambar

   Masuk pukul 3 hujan makin renyai, dan 3.30 hujan pun berhenti. Lagi setengah jam nak habis, aku ingat baik balik terus, tapi tiba-tiba staff ajak pulak bagi makan dekat beruang. Aku pun ok lah. Banyak beruang yang nak diberi makan. Diorang bagi makan betik, pisang, sayur sayuran dan roti. Tak boleh blah, roti Gardenia bai. Aku dekat Seremban dulu pun makan roti Roti Abdul je. Takpelah, syukran. Tapi yang lebih best bila aku bagi madu kat seekor beruang lapar ni. Aku letak madu atas tangan, lepas tu dia jilat. Haha agak menggelikan. 

selama ni aku ingat winnie the pooh je yang suka madu. rupa-rupanya memang beruang suka madu.

   Habis kerja di kawasan beruang, dah boleh balik. Tapi kemudian ada seorang lagi staff ajak aku, "Woi bro jom ikut aku bawak seladang masuk kandang!" Aku pun ok je la. Bukan selalu boleh buat macam ni. Aku pun ikut dia. Wui bila aku dekat dengan seladang-seladang ni, takut gila la sial.

Yang ni masuk dulu, sebab dia ketua, dan yang paling besar.

Seladangs Assemble!

   Last sekali, aku kena teman staff tu bawak binatang bernama Capybara masuk kandang pulak. Description kata binatang ni "biggest rodents on earth". Kira masuk dalam keluarga tikus la.




   Lepas tu aku pun balik. Pengalaman baru buat aku buat kerja-kerja binatang ni. Juga, rasanya lagi best kalau korang boleh ajak member dua tiga orang buat volunteer sekali. Slack betul kakak aku tak dapat join.

Sekian.



  

Saturday, May 12, 2012

Petikan daripada buku FIM2: Ibrahim Ali

Assalamualaikum.

Jadi hari ni aku nak ambil petikan daripada temuramah dengan Ibrahim Ali pula.

"I want to see Malaysia continue as a peaceful country where people of different races live happily. And there should be economic balance between the races. By that, I am talking about the 30% stake, which is the objective of the New Economic Policy. Once we achieve this, I'm fine. I might not even raise Bumiputera issues anymore once we achieve this. I accept everyone as Malaysian. But the majority of those who are backward are still Malay [Malaysian]. All I want to see is the 30% objective met."
-Ibrahim Ali


Tak kenal siapa Ibrahim Ali? Dia presiden Perkasa. Yang paling hardcore sekali, dialah.

Sampai sini saja, sekian. 

Friday, May 11, 2012

Petikan daripada buku FIM2: Patrick Teoh

Assalamualaikum.

Memandangkan aku sekarang tengah baca buku Found in Malaysia 2, aku ingin ambil petikan-petikan daripada buku tersebut dan kongsi bersama para pembaca. Bosan juga kalau baca seorang diri, jadi aku rasa baik aku kongsikan bersama.

"Until 15 or 16 years ago, I was a staunch supporter of the New Economic Policy and the Barisan Nasional government. I had no problems with bumiputera status. I thought, simplistically and naively, I suppose, that being a citizen of a country with rich and poor, those richer have a duty to the poor.  The NEP as a concept was very noble. But about 15 years or so ago, my feelings changed. Like many other Malaysians, I began to see so much abuse. The NEP is not doing what it should do; it's not benefiting anyone it should. We're still the same as we were. And there's this growing sense that I'm asked to contribute more and get less. Sure we're called pendatang [by] clowns [who] say this. But after a while, you begin to feel that maybe it's not just the clowns who are saying this. Maybe it's the government of the day who is also beginning to feel that way. Maybe it's the government that actually wants people to believe that."
-Patrick Teoh
Aku setuju dengan Patrick. Pada asalnya Dasar Ekonomi Baru, seingat pengetahuan sejarah aku yang sekadar ajaran buku teks di sekolah menengah, tujuannnya adalah untuk menaikkan taraf sosioekonomi orang Melayu, di mana terdapat jurang ekonomi yang besar antara orang Melayu dan bukan Melayu. Diasaskan pada 1971, dasar ini ditamatkan pada 1990, namun pada tahun yang sama diberi nafas baru dengan nama National Development Policy (apa nama Melayu dia entah, haha) tetapi masih mengekalkan unsur-unsur DEB yang original.

Setelah lebih 30 tahun, di mana orang Melayu sekarang? Masih belum berdaya saing dengan bukan Melayu, masih perlukan tongkat apabila berjalan. Selepas 30 tahun menerima bantuan dan keistimewaan, nampaknya orang Melayu dah lupa akan keupayaan untuk berdiri dengan kaki sendiri; berdiri megah bersama bangsa lain tanpa mendapat bantuan kerajaan. Masih mengharap pada kerajaan untuk berjaya. Kenapa? Yang ni aku tak boleh huraikan, sebab aku pun kurang arif tentang benda ni. Aku tak mahu terus main pakai tuduh sahaja.

Kemudian ada pula cerita-cerita rasuah dan korupsi dalam penguatkuasaan DEB. Duit dan bantuan yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu, lesap begitu sahaja. Kenapa? Orang-orang tengah dah ambil. Kalau tak semua pun sebahagian. Mungkin ini juga salah satu sebab kegagalan DEB.

Dah, aku tak boleh cerita panjang pasal benda ni. Sebab aku sangatlah jahil. Sekarang pun aku tengah buka Wikipedia tentang DEB ni (http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_New_Economic_Policy) baru nak baca. 

Tak kenal siapa Patrick Teoh? Dia adalah seorang pengacara radio Redifussion pada era 1960-an dan Radio 4 pada era 1990-an. Masa TV3 baru diasaskan, Patrick juga merupakan newscaster untuk TV3. Dia juga pernah berlakon untuk beberapa drama TV. Sebenarnya aku pun tak berapa kenal Patrick Teoh ni, tapi sebelum 2000, dia ni orang yang terkenal. Cuba tanya ibu bapa kalian, mesti kenal. Buku dia, Teohlogy, aku dah baca. Sarat dengan bebelan orang tua tentang negaranya yang makin terumbang-ambing.

Akhir sekali, sebelum aku tulis untuk post kali ini, aku pun ada tanya pada diri aku, adakah aku bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk agama, negara dan bangsa aku. Semoga aku berusaha dengan lebih keras lagi lepas ini.

Sekian.